Saturday, 24 July 2010

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

Nursery Ayah is on Facebook


If I Had My Child to Raise Over Again
by Diane Loomans

If I had my child to raise all over again,
I'd build self esteem first, and the house later.
I'd fingerpaint more, and point the finger less.
I would do less correcting and more connecting.
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I would run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging and less tugging.
I'd see the oak tree in the acorn more often.
I would be firm less often, and affirm much more.
I'd model less about the love of power, and more about the power of love.




====


1. Download buku Iqra
http://www.freedrive.com/file/833230,buku-iqrak-maya

2. Soalan-soalan sekolah agama JQAF
http://kalammurabbi.blogspot.com/

3. Fun to read
http://www.starfall.com/

4. Favourite channel Ariana & Alia (BBC)
http://www.bbc.co.uk/cbeebies/

5. Pelbagai bahan hasil kerja anak-anak muda (my special recomendation)
http://www.iluvislam.com/


====


Kadang-kadang di dalam kesibukan seharian, kita lupa yang "small things matter". Lebih-lebih lagi dalam proses anak-anak membesar zaman sekarang, masa amat berharga.

Setiap saat yang kita ada - pagi, petang dan malam, adalah "loveable moment" yang mampu digunakan untuk menjalinkan kasih sayang antara ayah, mak dan anak-anak.

Selamat mencuba!

Awal pagi

1. Mulakan aktiviti harian bersama-sama. Paling mudah gosok gigi bersama .

2. Solat subuh berjemaah sebelum sarapan.

3. Ketika sarapan, pastikan si ayah dan emak berkata-kata positif - beri galakan dan bincang apa yang anak-anak mahu buat hari itu. Simpan hal-hal negatif kemudian.

4. Walaupun sibuk, luangkan masa untuk bergilir menghantar anak-anak ke sekolah, tadika dan aktiviti-aktiviti lain.

5. Ketika di dalam kereta, jadikan ia satu perjalanan yang menggembirakan. Ceritakan perkara-perkara yang positif. Galakkan anak-anak kongsi apa yang mereka nak buat di sekolah.

6. Pupuk rasa kasih sayang yang berterusan dengan kata-kata "I love you" setiap hari, tanpa sebab.

7. Pupuk rasa cintakan ilmu dan "fun learning" setiap hari dengan beri galakan untuk mereka explore their world

Ketika bekerja
1. Di dalam kesibukan bekerja, gunakan 5 minit "take five" anda untuk talipon @ buat sesuatu untuk anak2.

2. Jika anda outstation, gunakan peluang ini untuk hantar poskad @ surat untuk mereka. Walaupun nampak kecil, ia akan diingati oleh anak-anak yang sedang membesar.

3. Nak lagi gah, hantar ke alamat sekolah mereka. Pasti mereka lagi terkejut .

4. Ketika solat, jangan lupa doakan kebahagian rumah tangga dan anak-anak yang membesar di dalam keimanan (soleh & solehah). Ketika berjauhan, hati kita lebih ikhlas dan terbuka.

5. Gunakan sedikit masa rehat anda untuk sediakan cabaran istimewa untuk anak-anak. Contoh paling mudah buat kerja matematik (tolak campur) tulisan tangan ayah dan berikan kepada anak untuk diselesaikan esok. Tipnya: memadai hanya sehelai kertas A4 dan campurkan yang mudah dan mencabar untuk anak-anak. Yang penting berterusan dan anda kenali keperluan anak-anak.

Balik kerja
1. Teruskan dengan pelukan dan ciuman kasih sayang setiap hari apabila anda sampai di rumah

2. Luangkan masa (5 minit sahaja) untuk bersemuka seorang demi seorang dan tanyakan hari mereka. Yang penting, fokus dan dengari luahan mereka.

3. Juga luangkan masa dengan pasangan anda. Lebih manisnya jika dilakukan selepas sama-sama solat berjemaah.

4. Makan malam bersama-sama. Berdoa dan berbicara tanpa gangguan TV dll.

Malam hari
1. Solat bersama atau "outing" bersama untuk solat jemaah Isyak di masjid.

2. Gilirkan setiap ahli keluarga untuk membaca doa selepas solat. Walaupun pendek dan dalam Bahasa Melayu, yang penting anak-anak sedar doa yang ikhlas dan difahami hati lebih mudah diterima Allah.

3. Sama-sama membantu anak-anak buat kerja sekolah @ mulakan aktiviti-aktiviti ringan seperti membaca buku-buku mudah dengan anak-anak kecil

4. Pastikan anda terlibat dalam rutin sebelum tidur anak-anak sekurang-kurangnya beberapa hari seminggu.

5. Bacalah cerita-cerita sebelum tidur untuk mereka. Dan, cerita yang terbaik ialah cerita balik apa yang anak-anak buat hari itu (baik untuk anda catch up) dan kongsi juga pengalaman harian anda.

6. Dan akhiri hari mereka dengan doa bersama dan ciuman anda.

7. Masa sebelum tidur adalah saat anak-anak paling terbuka walaupun mereka penat. Gunakan kata-kata yang ringkas, lembut dan penuh kasih sayang untuk tidurkan mereka.

8. Pastikan hari mereka diakhiri dengan kegembiraan. Ceriakan mereka untuk "look forward" hari esok yang lebih menarik.

9. Sekiranya anda pulang lewat, ciumlah anak-anak. Kata-kata dan doa-doa anda ketika mereka tidur dapat merangsang sub-consious mind mereka. ( Boleh juga sembahyang dalam bilik mereka - sambil dengar bacaan anda )

Tambahan
1. Tinggalkan nota-nota mudah (Ayah sayang Ariana, Good luck Alia, dll) untuk "surprise" anak-anak, di dalam beg, pensil case ataupun buku-buku kerja supaya sentiasa mereka ingati kita walaupun berjauhan.

2. Nota-nota ini juga mampu menjadi perangsang untuk membina keyakinan diri anak-anak

..