Friday, 19 March 2010
Ebook Jiwa Positif Hidup BerTuhan Volume 3.
Telah Terbit
Ebook Jiwa Positif Hidup BerTuhan Volume 3.
Klik sini untuk download.
Alhamdulillah, walaupun Ebook JPHBT Vol.3 tidak mengandungi artikel sebanyak Vol 1 dan Vol 2, tetapi diharapkan ia dapat memberikan manafaat kepada saudara semua. Namun sebenarnya banyak perkara yang agak sukar untuk saya kongsikan secara penulisan. Kerana itu saya adakan mini latihan. Walaupun waktu mini latihan terhad kerana saya perlu menumpukan penuh perhatian ke atas penyelidikan PhD saya, tetapi saya berharap saya dapat luangkan masa untuk sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Jiwa Positif Hidup BerTuhan.
Untuk mini latihan akan datang, saya akan bimbing bagaimana kita boleh memiliki kesedaran tertinggi dengan benar-benar menghayati surah Al-Fatihah. Apabila kita mampu sedar dengan kesedaran tertinggi dengan surah Al-Fatihah, pasti kita juga mudah untuk memiliki keyakinan dan mencapai khusyuk ketika solat. Ilmu ini saya miliki daripada arwah ayah saya di mana beliau belajar selama 3 bulan lebih untuk memahami sepenuhnya hanya surah Al-Fatihah.
Mudah-mudahan Ebook JPHBT Vol. 3 ini dapat memberikan manafaat kepada saudara semua seperti mana ia memberikan banyak manafaat kepada diri saya dan keluarga.

HUBUNGAN SEDAR DAN IHSAN
HUBUNGAN SEDAR DAN IHSAN
source
http://www.fuadlatip.com/v1/2009/08/hubungan-sedar-dan-ihsan/
===
Saudara, di sini ada satu soalan yang baik untuk dikongsi. Baca dahulu artikel “Bagaimana SEDAR itu?“.
SOALAN
Pok Mat:
salam en fuad
satu persoalan? Adakah SEDAR yang dimaksudkan sama atau hampir sama dengan IHSAN sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah.
mohon penjelasan.
sebab terkadang kita amat sukar untuk menghadirkan rasa IHSAN ketika solat atau ketika apa jua aktiviti kehidupan yang kita lakukan.
wallahu’alam.
***
PENJELASAN
Fuad Latip
Salam En Mat,
KESEDARAN itu adalah wilayah atau elemen RASA IHSAN.
Makna Ihsan:
“Iaitu engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak mampu melihat-Nya, maka ketahuilah bahawa Dia selalu melihatmu.”
Kita beribadah (menjalani kehidupan) seolah-olah kita melihat Allah dan mengetahui Allah selalu melihat kita bertujuan untuk mencapai wilayah rasa setelah kita tahu yang Allah sentiasa melihat kita.
Ramai di antara kita sekadar tahu Allah itu dekat dan sentiasa melihat kita tetapi TIDAK MERASAKAN keberadaan Allah yang sangat dekat, kekuasaan Allah, sifat Allah dan perbuatan (Af’al) Allah SWT. Maka kita tidak mampu memiliki KESEDARAN. Saya tidak mampu menjelaskan elemen ‘rasa’ dengan tulisan atau dijelaskan dengan kata-kata. Ia sebuah pengalaman tanpa ungkapan.
Gula rasanya manis. Rasa manis tu macam mana? Tidak mampu dijelaskan melainkan kita yang pernah merasai gula sahaja yang faham manis itu bagaimana.
Lalu KESEDARAN itu tidak mampu dijelaskan. Yang mampu dijelaskan hanyalah bagaimana mendapatkan KESEDARAN itu. Samalah halnya bagaimana mendapatkan rasa manis itu.
Analogi yang digunakan di dalam entri “Bagaimana SEDAR itu?” sekadar untuk membawa pembaca mengingati pengalaman yang pernah dialami agar dapat mencetuskan semula rasa SEDAR itu. Jadi pembaca akan faham apakah KESEDARAN yang dimaksudkan dengan cara mengingati kembali rasa sedar yang pernah dialami. Namun kesedaran dalam analogi itu adalah kesedaran kepada manusia.
Mereka yang pernah memiliki KESEDARAN sahaja yang mudah untuk mengakses kembali rasa ini sentiasa. Sebab itu KESEDARAN ini berubah tahap rasanya. Samada akan naik atau turun. Namun jika turun, ia mudah untuk mencapai semula tahap KESEDARAN yang tinggi semula kerana informasi pengalaman SEDAR itu telah ada tersimpan di otak kita.
Maka setiap hari kita cuba meningkatkan KESEDARAN agar yang tersimpan di otak kita adalah KESEDARAN YANG TERTINGGI dari sebelumnya. Ia terus meningkat dan meningkat sepanjang hidup kita ini.
Perbincangan tentang hal ini akan dibincangkan di lain masa. InshaAllah.
Apabila kita memiliki KESEDARAN akan halnya Allah SWT, pasti kita akan khusyuk di dalam kehidupan seterusnya pasti khusyuk di dalam solat. Yang kita inginkan bukan sekadar khusyuk di dalam solat tetapi juga khusyuk iaitu SEDAR akan halnya Allah SWT (sifat, zat dan Af’al Allah SWT) di dalam setiap saat kehidupan kita ini.
Komunikasi dengan Allah SWT mampu menghadir dan meningkatkan KESEDARAN (RASA IHSAN) dalam kehidupan. Saya akan jelaskan di entri akan datang.

Bagaimana sedar itu???
source
http://www.fuadlatip.com/v1/2009/08/bagaimana-sedar-itu/
Orang bertanya saya SEDAR itu bagaimana?
Analogi mudahnya:
Ketika kita menonton tv bersama pasangan, kita tidak memikirkan pasangan di sebelah, tetapi kita SEDAR pasangan kita ada di sebelah. Ketika kita asyik menonton, kita masih sedar pasangan kita bersama-sama kita juga menonton.
Begitu juga perihalnya kesedaran akan Allah SWT. Ketika kita melakukan kerja, kita SEDAR Allah SWT berada sangat hampir dengan kita dan kita SEDAR Allah SWT sentiasa melihat diri kita, apa yang kita kerjakan dan apa yg kita fikirkan.
Ketika kita duduk, berdiri, berjalan, baring dan dalam semua keadaan, kita SEDAR Allah SWT berada sangat hampir dengan kita dan melihat kita.
Apa yang kita lihat, kita dengar, kita kata, kita fikir, yang terlintas di hati, semuanya diketahui Allah SWT.
Lalu ketika di dalam keadaan SEDAR, apakah kita sanggup melakukan maksiat, keburukan, kejahatan dan melanggar larangan Allah SWT?
Kesedaran ketika solat
Analogi mudahnya:
Ketika kita bersembang dengan sahabat, fikiran kita fokuskan kepada apa yang kita sembangkan. Kita akan mengingati perkara-perkara yang berkaitan dengan apa yang kita sembangkan. Kita SEDAR kita sedang bersembang dengan sahabat dan kita SEDAR siapa sahabat kita itu. Kita SEDAR ketika itu kita berada di mana. Kita menjadi asyik bersembang dan kadang-kadang berjam-jam lamanya.
Ketika kita berhubung samada melalui telefon atau berhadapan dengan orang yang kita sayang, kita bukan sahaja memikirkan apa yang kita sembangkan, kita juga memikirkan diri orang yang kita sayang itu. Kita SEDAR kita sedang bercakap dengan orang yang kita sayang. Kita MERASAKAN kasih, sayang dan rindu kita pada orang yang kita sayang itu.
Kita berasa orang yang kita sayang itu DEKAT sangat dengan kita jika kita bercakap melalui telefon. Kita asyik bersembang dengan orang yang kita kasih dan berasa masa bersembang berjam-jam seperti sekejap sahaja.
Begitulah juga halnya ketika bersolat. Seluruh fikiran, ingatan dan kesedaran kita adalah kepada Allah SWT. Apa yang kita ingatkan, kita arahkan kepada Allah SWT. Apa yang kita fikirkan, kita arahkan kepada Allah SWT. Kita SEDAR kita sedang berhubung dengan Allah SWT. Kita SEDAR kita sedang mendirikan solat. Kita SEDAR kita sedang berkomunikasi dengan Allah SWT.
Kita RASA sangat rindu pada Allah SWT. Kita RASA kasih, sayang dan cinta pada Allah SWT. Kita RASA rendah diri dan kehambaan kepada Allah SWT.
Semoga dengan analogi mudah ini kita dapat memahami apakah yang dikatakan kesedaran itu.
Milikilah KESEDARAN YANG TERTINGGI.

KHUSYUK SOLAT DAHULU
source
http://www.fuadlatip.com/v1/2009/07/khusyuk-dahulu-baru-mudah-sabar-dan-solat/
KHUSYUK DAHULU, BARU MUDAH SABAR DAN SOLAT
=====
Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu.
Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat,
kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.
(QS: Al Baqarah 2: 45)
Saya selalu mengingatkan sahabat-sahabat saya bahawa miliki dahulu khusyuk itu di luar solat (di dalam setiap aktiviti kita), maka dengan mudah khusyuk itu akan diperolehi dalam apa jua keadaan termasuk ketika solat. Artikel saya Khuyuk solat #1 – #4 banyak menerangkan dengan jelas untuk memiliki khusyuk di dalam setiap aktiviti yang kita lakukan.
Khusyuk itu maknanya MENYEDARI (tidak sekadar tahu dan ingat) bahawa Allah SWT itu dekat dengan kita dan MENYEDARI bahawa Allah SWT sentiasa melihat setiap apa yang kita lakukan. Kita sentiasa berada di dalam sedar hal yang dikatakan Ihsan ini.
Ayat Al-Baqarah 2:45 tersebut selalu disalah ertikan di mana kita selalu MENCARI KHUSYUK DI DALAM SOLAT. Sedangkan jelas Allah SWT berfirman bahawa sabar dan solat itu mudah dilakukan bagi mereka yang khusyuk.
Bermakna khusyuk dahulu, sedar Allah itu dekat, sedar Allah sedang melihat diri kita dalam apa jua keadaan kita, di dalam setiap aktiviti yang kita lakukan, SEDAR KEHIDUPAN KITA INI ADALAH KETENTUAN ALLAH SWT dan barulah kita mampu mencapai sabar dan mendirikan solat dengan penuh ikhlas.
Bagi orang yang khusyuk, sabar dan solat merupakan penolongnya. Maka orang yang TIDAK KHUSYUK di dalam kehidupannya, MANA MUNGKIN AKAN SABAR DAN TIDAK AKAN MENJADIKAN SOLAT ITU SEBAGAI PENOLONGNYA.
Menjadi kesulitan kita apabila kita ingin mencari khusyuk di dalam solat. Kita belajar cara-cara solat yang khusyuk. Kita tidak mencari bagaimana untuk khusyuk di dalam kehidupan kita. Maka sebab itu apabila kita mendirikan solat, kita terasa penat, letih dan makin tertekan kerana kita cuba mendapatkan khusyuk itu di dalam solat.
Orang yang sentiasa khusyuk dalam setiap aktiviti kehidupannya, tidak akan gelisah, sentiasa tenang, bersemangat, jiwanya positif dan segala kebaikan mudah dicapai. Orang yang khusyuk di dalam setiap aktivitinya akan sentiasa sabar walau apa pun menimpa. Sentiasa bersemangat dan tertunggu-tunggu waktu solat. Solat dirasakan ringan dan asyik kerana itulah saat kemuncak mikraj kepada Allah SWT.
Orang yang khusyuk di dalam setiap aktivitinya akan lebih pasrah, redha dan berserah kerana jiwanya sudah terkunci dengan kesedaran yang tertinggi bahawa setiap apa yang dilakukan adalah kehendak Allah SWT. Setiap kehendak Allah SWT pasti yang terbaik untuk dirinya walaupun jika mengikut akal fikiran mungkin tidak baik bagi dirinya.
***
Blog Jiwa Positif dan Hidup BerTuhan ini membawa artikel kepada saudara agar saudara memahami dan mengetahui bagaimana untuk mencapai kesedaran agar kita sentiasa mengingati Allah SWT setiap saat melalui KOMUNIKASI dengan Allah SWT. Kesedaran yang tertinggi inilah yang dikatakan khusyuk.
Inilah cara yang mudah dan mampu dilakukan oleh sesiapa pun tanpa mengira sejauh mana ilmu agama yang dimilikinya. Tidak kira kanak-kanak, remaja, dewasa atau golongan tua semuanya mampu berkomunikasi dengan Allah SWT. Seterusnya mencapai tahap kesedaran tertinggi. Sesiapa sahaja mampu mencapainya.
***
Namun membaca artikel di sini, saudara hanya mampu sampai ke tahap memahami dan mengetahui. Tahap menyedari dan merasai HANYA mampu dicapai jika dilakukan. Komunikasi dengan Allah SWT perlu dilakukan dan saudara tidak akan merasa semua artikel di dalam blog ini dapat membantu saudara jika saudara TIDAK MELAKUKAN KOMUNIKASI dengan Allah SWT.
Lakukan sekarang.
Dengan penuh kesedaran bahawa Allah itu dekat dengan kita dan sedang melihat kita, komunikasilah dengan Allah:
“Ya Allah, aku sedang baca blog fuad latip ini ya Allah. Ya Allah banyaknya artikel aku nak baca ya Allah. Tak payahlah baca semua ya Allah. Ya penting aku tahu aku kena komunikasi denganMu ya Allah. Terima kasih ya Allah, terima kasih.”
***
Apabila setiap apa yang kita lakukan, kita ingat Allah SWT dan bukan sekadar ingat, malah kita SEDAR Allah SWT dekat dengan kita dan Allah SWT melihat kita, maka khusyuk itu mudah dimiliki.
SENTIASA HADIRKAN KESEDARAN BAHAWA ALLAH SWT ITU DEKAT, ALLAH MELIHAT SETIAP APA YANG KITA LAKUKAN DAN ALLAH MENENTUKAN SEGALANYA DENGAN SENTIASA BERKOMUNIKASI DENGAN ALLAH SWT.
Saya yakin, saudara akan memiliki kesedaran yang tertinggi hari demi hari.

solat dengan khusyuk
"Sesiapa yang mendirikan solat dengan khusyuk, Allah berjanji mengampuni dosa-dosanya." (Hadis riwayat Abu Daud)
Spiritual rohani VS God spot by Ahmad fuad latip
source
http://www.fuadlatip.com/v1/2010/03/spiritual-rohani-vs-god-spot/
....
Saya pernah menulis satu artikel bertajuk Fikirkan Sejenak tahun lepas tentang kekeliruan tentang kerohanian. Ramai yang keliru kerana terlalu mengikut barat dengan istilah God Spot yang terletak di otak kita. Fahaman ini disebarkan meluas sekarang ini sehingga ramai penganut islam di negara ini terkeliru.
Lalu ramai yang cuba mengikut formula-formula yang dibina hanya untuk mengakses bahagian God Spot ini sedangkan kerohanian yang sebenar adalah lebih tinggi daripada God Spot ini.
Saya tulis kembali apa yang pernah saya tuliskan sebelum ini agar saudara semua benar-benar mengerti apa yang dikatakan spiritual dan kerohanian.
Fahamilah dan rasakanlah kehidupan berspiritual yg sebenar untuk memahami kehidupan di mana kita berasal daripada Allah turun ke Bumi kemudian kembali ke asalnya iaitu Allah.
Innalillahi wainna ilaihi raaji’uun.
Spritual BUKANLAH memasuki kumpulan memori yang tersimpan di dalam alam bawah sedar seperti melihat dan mendengar multimedia tentang Allah barulah tersentuh jiwanya.
Spritual adalah ROHANI (Roh) yang bergerak mengakses alam kerohanian.
Spritual TIDAK pernah tersimpan di dalam memori otak manusia (God-Spot) yang baru tersusun beberapa tahun yang lalu.
Rohani memiliki pengalaman pertemuannya dengan Ilahi. Otak manusia belum pernah mengikuti perjumpaan dengan Allah pada masa itu kerana rohani tidak mempunyai otak, tidak memiliki jantung, tidak memiliki saraf, tidak memiliki daging dan otot.
Rohani bersifat sendiri, tidak bergantungan, bersifat abadi, tidak terpengaruh dengan ruang dan waktu, tidak mengalami kehidupan akan datang dan masa lalu. Ia adalah kesedaran masa sekarang. Tidak dibatasi oleh daging, tidak hanya berada dalam jantung atau otak.
Ia ada di dalam dan sekaligus di luar jasad kita.
Kerohanian adalah kesedaran yang murni, yang bersifat ghaib.
Semoga selepas ini kita jangan lagi terkeliru dengan hal kerohanian ini.

KHUSYUK SOLAT #5
source
KHUSYUK SOLAT #5
KHUSYUK SOLAT #4
KHUSYUK SOLAT #1
KHUSYUK SOLAT #2
KHUSYUK SOLAT #3
KHUSYUK SOLAT #4
KHUSYUK SOLAT #5
source
http://www.fuadlatip.com/v1/2010/03/khusyuk-solat-5-mudah-dan-praktikal/
====
Khusyuk Solat itu mudah. Cuba lakukan sekarang (tidak perlu tunggu waktu solat pun tidak mengapa. Sekadar latihan).
Ringkasan:
Ketika bergerak dari satu rukun ke rukun, tenang dan rendahkan hati dahulu sambil berkomunikasi dengan Allah SWT. Pastikan hati benar-benar tunduk pada Allah SWT. Bila hati terasa tunduk, barulah membaca bacaan dalam solat. Terasa solat itu memberikan ketenangan yang mendamaikan.
Terperinci:
Sebelum mengangkat takbir, tundukkan hati. Bila sudah benar-benar rasa tunduk, angkatlah takbir membesarkan Allah SWT dengan pujian Allah Maha Besar.
Begitu juga ketika membaca takbiratul ikram, Al-Fatihah dan surah. Bacalah satu persatu. Satu nafas satu ayat dengan penuh kejiwaan.
Cth: memahami bacaan Al-Fatihah dengan lebih menjiwai adalah dengan memahami maknanya begini:
Segala puji Allah Tuhan sekelian alam mestilah difahami dengan “ya Allah, segala puji bagiMu ya Allah Tuhan sekelian alam ya Allah.
Dengan cara memahami sebegitu kita akan lebih menjiwai, lebih memuja dan memuji.
Kemudian sebelum rukuk, rendahkan hati sebenar-benarnya dan barulah tunduk rukuk pada Allah Tuhan Yang Maha Mulia. Rendahkan terus hati dan apabila sudah benar-benar rendah barulah memuji Allah SWT:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujianNya.
Kemudian bangunlah dengan rasa diri ini tiada apa-apa bersama ungkapan:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Kerana sedar dan rasa diri ini tiada apa-apa kerana semua pujian adalah hanya milik Allah SWT, rebahkan diri sujud kepada Allah SWT yang Maha Tinggi.
Sesudah hati benar-benar tunduk sujud kepada Yang Maha Tinggi, pujilah Allah:
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Kemudian komunikasilah banyak-banyak dengan puja dan puji serta luahan kepada Allah SWT meminta dan memohon segala yang diperlukan ketika sujud. Ketika diri tiada apa-apanya.
Kemudian bangunlah dari sujud. Mohonlah dengan penuh harapan dan kejiwaan 8 perkara yang sudah lengkap yang kita perlukan di dalam kehidupan kita ini. Satu persatu ungkapkan,
Ya Allah, ampunilah aku Ya Allah,
Rahmatilah aku Ya Allah,
Cukupkan keperluanku daku Ya Allah,
angkatlah darjatku Ya Allah,
rezekikanlah aku Ya Allah,
berilah aku hidayah Ya Allah,
sihatkanlah aku Ya Allah,
maafkanlah aku Ya Allah.
Ketika membaca Tahiyat Awal,Pujilah Allah SWT dengan ucapan:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Kemudian berdoalah untuk Rasulullah tercinta dan juga diri kita dengan doa:
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Kemudian bersama keyakinan dan juga penyaksian yang pernah kita akui di alam roh dahulu bahawa Allah SWT itulah satu-satuNya Tuhan dan tiada tuhan melainkan Allah SWT, kita memperbaharui penyaksian kita:
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Terus dan ulangilah semua rukun dengan hati yang sentiasa rendah pada Allah SWT.
Rasailah nikmat solat iaitu pertemuan rasmi dengan Allah SWT 5 kali sehari walaupun sebenarnya kita sentiasa berjumpa dengan Allah SWT. Namun solat adalah pertemuan 100% tingkah laku kita tanpa melakukan kerja lain ketika berkomunikasi dengan Allah SWT selain menyempurnakan rukun solat. (Jika waktu lain, kita berkomunikasi dengan Allah SWT sambil membuat kerja.)
Mudah-mudahan saudara semua akan berasa damai dan bahagia yang sebenarnya.
Ingat: Rendahkan hati dahulu sebelum membaca bacaan solat. Komunikasi dengan Allah SWT di dalam solat mampu merendahkan hati. Komunikasi di dalam hati. Praktis dan latih untuk tundukkan hati pada Allah SWT.
[note]: Kursus Solat Khusyuk akan diadakan April nanti. InshaAllah nanti saya akan perincikan.
...

Tundukkan kepala 45 darjah ke bawah
(Seperti mula solat tetapi tidak perlu berdiri. Terbaik adalah duduk seperti duduk antara dua sujud.).
Amati nafas. Jangan atur. Amati sahaja.
Nafas bergerak kerana ada Dzat yang memberi kita hidup.
Sedari (living at the present) bahawa nama yang kita akan sebut selepas ini adalah nama Dzat yang memberi kita hidup.
Dzat yang menjadikan langit & bumi. Dzat yang Maha Agung.
Panggillah dengan rendah hati & suara yang lembut
Allah…
(diam & rasakan bagaimana Allah memberi respon panggilan saudara).
Kemudian panggillah lagi
Allah…
(ulangi dan rasakan respon. Ulangi sehingga merasai respon Allah)
Haram untuk membayangkan. Amati dan rasa sahaja.
Saudara,
Latihan ini boleh dilakukan sebelum solat. InshaAllah, apabila menyebut nama Allah ketika di dalam keadaan living at the present iaitu kita sedar nama yang kita sebutkan itu adalah nama Tuhan yang Maha Besar, nama Tuhan yang mengaturkan segala kehidupan kita dan kehidupan semua yang ada di langit dan di bumi dan di antaranya, pasti kita akan merasai debarannya.
Firman Allah (Al-Quran: Al-Anfal: Ayat 2):
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah, bergementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal”

http://www.fuadlatip.com/v1/2009/04/khusyuk-solat-2/
source
====
Saya pernah disoal oleh pelajar ketika saya bercerita kepada mereka bagaimana mencapai solat yang khusyuk. Mereka ingin tahu bagaimana cara saya mencapai khusyuk di dalam solat. Saya kongsikan jawapan saya kepada mereka dengan saudara semua di sini.
Seringkali khusyuk di dalam solat ini dikaitkan dengan kisah Saidina Ali ketika beliau terkena anak panah musuh. Beliau diriwayatkan mendirikan solat sunat dan ketika itulah anak panah tersebut dicabutkan dari kaki beliau tanpa ada rasa sakit sedikit pun. Khusyuk inilah yang kita jadikan panduan untuk kita capai hingga ke hari ini.
Namun kita jarang membaca kisah bagaimana Nabi Muhammad SAW melakukan solatnya. Baginda sudah pasti adalah manusia yang paling khusyuk solatnya.
1. Ketika Nabi sedang menjadi imam solat, tiba-tiba baginda terdengar anak kecil menangis. Baginda mempercepatkan solatnya kerana bimbang terjadi sesuatu dengan anak itu.
2. Ketika sedang solat, Nabi melihat ada binatang berbisa yang menghampiri tempat solat baginda. Baginda menghentikan solat dan mengusir binatang berbisa tersebut dan kemudian mendirikan semula solat.
3. Pada suatu ketika, setelah selesai solat berjemaah, Nabi tidak berdoa sebagaimana biasanya, tetapi segera bergegas pulang. Ketika kembali ke masjid, baginda ditanya oleh sahabatnya mengapa baginda bergegas pulang. Baginda menjawab bahawa ketika solat, beliau ingat ada sedekah yang belum diberikan. Kerana itu beliau segera pulang dan memberikan sedekah yang telah dibahagikan itu.
Banyak lagi kisah solat Nabi yang diriwayatkan. Adakah semua ini menunjukkan Nabi tidak khusyuk di dalam solat? Nabi khusyuk di dalam solat. Namun Nabi juga peka dengan keadaan sekelilingnya.
Firman Allah SWT:
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang Yang khusyuk; (Iaitu) mereka Yang percaya Dengan yakin Bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan Bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
(Al-Quran: Al-Baqarah:45-46)
Dari kedua ayat di atas dapat disimpulkan khusyuk sebenarnya bukanlah fokus atau konsentrasi menjadi perkara utama tetapi khusyuk itu adalah KEYAKINAN DAN KESEDARAN BAHAWA KITA SEDANG MENGHADAP ALLAH (“Living at the Present”). Di sinilah dua perkara utama akan wujud iaitu Ketuhanan dan Kehambaan. Apabila keyakinan ini dirasai, maka pastinya fokus, konsentrasi dan keasyikan itu hadir dengan sendiri.
Saya beri jawapan kepada pelajar saya,
Saya mulakan khusyuk ketika hendak pergi mengambil wuduk. Saya sedar (living at the present) yang saya ingin mendirikan solat.
Ketika wuduk, setiap kali anggota wuduk disapukan dengan air, saya akan berkomunikasi dengan Allah meminta doa seperti yang kita pernah pelajari.
Ketika saya solat, sebelum saya membaca bacaan-bacaan dalam solat, saya pastikan diri saya benar-benar merasai yang saya sedang menghadap Allah. Benar-benar merasai keberadaan Allah yang sangat hampir dengan saya. Saya merasakan diri saya ini sangat kecil, hina, tidak ada apa-apa dan saya merasakan bahawa Allah lah satu-satunya tempat saya berharap, Maha Berkuasa dan sebagainya sehingga jiwa/hati saya ini terasa tertunduk malu, takut, berharap kemaafan, mengharapkan cintaNya dan sebagainya.
Jika saya teringatkan hal lain, saya komunikasi dengan Allah hal tersebut sambil berdoa agar hilangkan hal tersebut dalam fikiran saya.
Sebagai contoh, Sebelum saya membaca Al-Fatihah, saya pastikan jiwa saya benar-benar tunduk pada Allah. Kemudian saya akan baca setiap ayat di dalam Al-Fatihah satu persatu dengan sabar.
Biarlah apa jua keadaan seperti saya kesuntukan masa sebagai contoh untuk hadir ke mesyuarat atau ke kelas atau pun hal lain, saya akan bersolat dengan tertib satu persatu. Jika cepat hadirnya rasa tunduk pada Allah itu, maka cepatlah solat saya.
Sebenarnya saya cuba mempraktikkan thuma’ninah di dalam solat. Setiap gerakan dan bacaan itu di baca satu persatu di samping saya merasakan kehadiran Allah SWT walaupun hakikatnya Allah SWT sentiasa berada dekat dengan saya.
Gerakan dari satu rukun ke rukun yang seterusnya dilakukan dengan berhati-hati. Tidak perlu terburu-buru. Kita sentiasa sedar dengan apa yang kita lakukan. Kita berada dalam keadaan “living at the present”.
Ketika rukuk, saya tidak terburu-buru membaca, tetapi saya tundukkan dulu fikiran saya, jiwa/hati saya kepada Allah SWT. Kemudian setelah semua terasa tunduk, barulah saya memuji Allah – subhaana rabbial azimi wa bihamdihi. Begitu juga dengan sujud dan lain-lain.
Saya mempraktikkan komunikasi dengan Allah untuk merasai jiwa/hati ini tunduk pada Allah. Untuk merasai ketuhanan Allah dan kehambaan diri saya.
Jika ini dilakukan pasti solat yang dilakukan akan mengambil masa 15-20 minit tanpa kita sedar. Kita juga tidak sedar mengalirkan air mata ketika melakukan solat ketika merasai ketuhanan Allah dan kehambaan diri kita.
Selalulah berkomunikasi dengan Allah seperti yang saya sering sarankan di dalam artikel di laman web ini. Apabila kita sudah biasa berkomunikasi dengan Allah, pasti khusyuk di dalam solat tidak lagi menjadi satu perkara yang sukar untuk kita perolehi kerana di dalam kerja pun kita juga khusyuk merasakan kehadiran Allah SWT.
Komunikasi dengan Allah SWT mampu membawa kita merasai kehadiran Allah SWT. Kita merasakan ketuhanan Allah SWT dengan perasaan jiwa kehambaan yang benar-benar pasrah, berharap dan yakin hanya 100% pada Allah.
Firman Allah:
Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka Dalam keadaan munafik).
Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri Dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka Bahawa mereka orang Yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).
(Al-Quran: An-Nisaa’:142)

Apakah khusyuk?
Khusyuk bermakna asyik. Apabila saudara berada di dalam keadaan keasyikan, pasti saudara tidak akan mengingati yang lain melainkan sesuatu yang mengasyikkan saudara itu sahaja. Keasyikan memberikan pengaruh yang besar di dalam diri kita. Kita lebih mudah mengingati dan mengikut perkara yang mengasyikkan diri kita.
Ketika saudara berada dalam keadaan keasyikan menonton TV, saudara juga berada di dalam keadaan khusyuk. Jika rancangan TV yang kita tonton membuatkan kita asyik, pasti pengaruhnya kepada diri kita adalah tinggi. Kita sentiasa ingat rancangan atau cerita TV itu sahaja. Tidak hairan bagaimana kanak-kanak lagi mudah terpengaruh.
Keasyikan atau khusyuk menjadikan fikiran kita berada di tahap alpha di mana proses berfikir perkara yang lain selain sesuatu yang mengasyikkan menjadi kurang. Sedang kita menonton rancangan yang mengasyikkan, bukankah kita akan terlupa perkara-perkara yang lain selain daripada rancangan yang mengasyikkan itu sahaja?
Apakah khusyuk dalam solat?
Solat mempunyai 2 perkara utama iaitu ketuhanan dan kehambaan. Apabila kita khusyuk di dalam solat, kita mestilah berada di dalam keadaan yang kita SEDAR diri kita sedang mendirikan solat. Kita mesti berada di dalam ‘living at the present’ seperti yang telah bincangkan di dalam artikel-artikel lepas seperti di sini atau di sini.
Kita mesti merasai 2 perkara utama yang dikatakan iaitu Allah itu Tuhan dan diri kita ini hambaNya. Mesti ada perasaan cinta pada Allah, merayu, memohon, menyesali dosa, mengharap dan sebagainya. Kita memahami sepenuhnya dengan penuh kejiwaan setiap apa yang kita lafazkan di dalam solat. Kita merasai keberadaan Allah SWT sangat hampir dengan diri kita walaupun hakikatnya memang Allah SWT berada sangat hampir dengan kita.
Bagaimana solat dapat menguatkan jiwa?
Apabila kita berada dalam keadaan asyik atau khusyuk di dalam solat, kita tidak akan mengingati perkara yang lain selain solat. Maka nafsu akan menjadi lemah kerana tidak banyak perkara yang kita fikirkan. Nafsu tidak mampu mempengaruhi fikiran. Lalu jiwa yang sentisa mengajak kepada sifat-sifat Allah akan dapat menguasai fikiran hasil daripada kelemahan nafsu. Inilah yang dikatakan jiwa menjadi kuat iaitu jiwa yang kuat adalah jiwa yang dapat menguasai fikiran bukan nafsu yang menguasai fikiran.
Jiwa juga bertambah kuat kerana di dalam solat terdapat 2 perkara utama tadi iaitu ketuhanan dan kehambaan. Dengan 2 perkara ini, kita merasakan penyerahan 100% hidup kita ini kepada tidak ada yang lain melainkan Allah SWT . Jiwa/hati menjadi tenang, bahagia dan sejahtera apabila kita dapat meluahkan segala-galanya pada Allah SWT ketika kita bersolat. Kita merasakan semua masalah kita adalah cuma ilusi fikiran dan hanya Allah SWT yang dapat menyelesaikan masalah kita.
Selain itu, solat juga menambahkan lagi rasa cinta kita pada Allah SWT dengan puji-pujian yang kita berikan pada Allah SWT dengan penuh kejiwaan dan keikhlasan. Rasa cinta ini hanya akan wujud jika kita solat dalam keadaan khusyuk.
Bagaimana mencapai khusyuk dalam solat?
Setelah kita memahami khusyuk itu bermaksud asyik dan caranya adalah mengurangkan proses berfikir dengan berada di dalam keadaan ‘living at the present’ maka sudah pasti kita tahu bagaimana untuk mencapai khusyuk di dalam solat.
Saya tidak menulis dengan teperinci di sini kerana penjelasannya agak panjang. Tetapi saya menulis secara asasnya sahaja.
Berbalik kepada konsep ‘living at the present’ atau berada di dalam keadaan sekarang atau NOW, kita boleh mempraktikkannya di luar solat. Untuk menjiwai apa yang kita baca di dalam solat, kita perlu memahami setiap makna bacaan di dalam solat. Memahami tidak sama dengan sekadar menghafal. Memahami adalah menjiwai.
Seperti contoh, apabila kita melafazkan “Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam” mestilah turut benar-benar merasai Allah SWT Maha Hebat yang memiliki seluruh alam ini.
Ia berlaku dengan spontan seperti kita menyebut “thank you” pada kawan kita. Kita tidak perlu mengingati thank you itu bermakna terima kasih ketika kita melafazkannya tetapi kita merasakan perasaan terima kasih itu apabila kita menyebut “thank you” tanpa perlu memikirkan makna thank you tersebut.
Maka ia sama ketika kita melafazkan ayat-ayat di dalam solat. Ketika kita melafazkannya dengan perlahan, secara sendirinya kita merasakan makna ayat tersebut.
Dengan menjiwai bacaan solat, barulah kita dapat merasakan kita berada di dalam keadaan ‘living at the present’ ketika solat. Kita sedar kita sedang mendirikan solat dan kita merasakan kehadiran Allah yang sangat hampir dengan kita.
Selain itu adalah makruh hukumnya jika kita memejamkan mata. Ini kerana memejamkan mata akan membuatkan kita lebih mudah berada di luar “living at the present”. Kita lebih banyak memikirkan hal-hal yang lain yang membuatkan solat kita tidak khusyuk. Maka bukalah mata ketika mendirikan solat tetapi memandang kepada satu arah sahaja.
Khusyuk di dalam solat juga boleh diperolehi dengan cara berkomunikasi dengan Allah. Apabila kita rukuk dan sujud, banyakkan lagi berkomunikasi dengan Allah.
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”
Rujukan:
http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim #738.
“Living at the present” juga boleh dipraktikkan di luar solat. Ketika kita melakukan kerja, banyakkan komunikasi dengan Allah berkenaan dengan apa yang kita lakukan, fikirkan, dengar, lihat dan sebagainya. Dengan cara ini kita dapat memberikan fokus sepenuhnya ke atas kerja yang sedang kita lakukan. Jika kita sentiasa komunikasi dengan Allah, ia akan menjadi satu perkara yang biasa kita lakukan dan pasti amat mudah kita lakukan di dalam solat.
Mudah-mudahan saudara semua mendapat perubahan ke arah kebaikan dengan mendirikan solat. Solat yang berkualiti dapat diukur berdasarkan sikap kita kerana jika kita mendirikan solat dengan berkualiti iaitu khusyuk di dalam solat, pasti perubahan besar akan berlaku ke atas diri kita.
Kita tidak lagi sombong, ego, bercakap besar, merasa diri ini hebat, takabur, suka mengumpat, rasa megah diri, banyak keinginan duniawi dan sebagainya. Jika ini masih ada di dalam diri kita, ketahuilah bahawa solat kita belum sempurna.
Wallahualam.

http://www.fuadlatip.com/v1/2009/04/khusyuk-solat-1/
KHUSYUK SOLAT #1
Solat merupakan ibadah yang penting kerana solat ini akan mempengaruhi tingkah laku seseorang mukmin. Solat juga menjadi ibadah utama yang akan dinilai oleh Allah SWT di Padang Masyar nanti.
Sebelum mengetahui bagaimana mencapai khusyuk dalam solat, seharusnya kita memahami
Apakah makna solat?
Mengapa Islam mementingkan solat?
Bagaimana solat mampu mengubah sikap atau perilaku seorang mukmin?
Apakah khusyuk?
Dan barulah kita akan membincangkan bagaimana mencapai tahap khusyuk.
Apakah solat?
Masalah kita di dalam khusyuk ini adalah kerana kita tidak pernah mengambil tahu apakah sebenarnya solat itu. Mengapa islam mengambil berat tentang solat? Adakah ia sekadar hanya kaedah untuk Allah menilai manusia samada baik atau tidak? Adakah ia hanya satu ujian untuk kita membuktikan yang kita ini taat pada perintah Allah?
Solat adalah satu ibadah yang mengandungi dua perkara iaitu ketuhanan dan kehambaan. Ibadah solat ini seharusnya memberikan perasaan ke dalam diri jiwa mukmin itu rasa ketuhanan Allah SWT dan rasa kehambaan diri manusia itu. Jika ini tidak dirasai, maka gagallah ibadah solat ini.
Solat juga merupakan satu meditasi teragung untuk umat manusia. Meditasi atau taffakur adalah kaedah untuk memantapkan jiwa. Semasa meditasi kita sebenarnya merendahkan gelombang fikiran sehingga tahap seminimum mungkin. Ia bermakna kita mengurangkan proses berfikir. Ia bertujuan untuk memberi ketenangan kepada kita disamping memantapkan jiwa dan melemahkan nafsu.
Bagaimana mengurangkan proses berfikir dapat melemahkan nafsu?
Sesuai dengan sifat Nafsu, ia akan sentiasa mempengaruhi akal fikiran untuk melakukan kejahatan. Maka dengan cara merendahkan fikiran, nafsu gagal mempengaruhi fikiran.
Merendahkan fikiran atau mengurangkan proses berfikir berlaku ketika kita KHUSYUK. Apabila khusyuk di dalam solat, kita hanya memikirkan hanya Allah SWT. Kita hanya memikirkan dua perkara iaitu ketuhanan Allah SWT dan kehambaan kita kepada Allah SWT.
***
Segala tingkah laku kita ini dikawal oleh fikiran (baca di sini). Dengan kata lain, jasad kita ini dikawal oleh fikiran. Sebab itu di dalam keadaan yang banyak berfikir, nafsu amat mudah mengawal fikiran sesuai dengan keinginan nafsu yang pelbagai.
Fikiran pula mempunyai kelemahan kerana semua informasi yang diterima oleh fikiran ini berlaku pemesongan (distortion) dan mungkin ada yang terpadam (deletion) akibat dari penapis luaran dan dalaman. Maka keupayaan kita untuk mengetahui Realiti Sebenar terbatas. (sila rujuk artikel realiti fikiran dan realiti sebenar)
Contohnya, jika saudara melihat makanan yang dihias cantik, saudara mungkin berasa ingin makan makanan tersebut. Tetapi sesudah merasa makanan tersebut, barulah saudara tahu makanan itu tidak sedap seperti yang disangka.
Lihatlah kelemahan fikiran pada peringkat awal tadi iaitu tidak mengetahui realiti sebenar makanan itu tidak sedap. Kelakukan kita memakan makanan tadi hanyalah kerana keinginan yang dilahirkan oleh nafsu lalu fikiran yang lemah menilai realiti sebenar hanya mengikuti sahaja.
Sebab itu kita perlu banyak ilmu di dalam hidup ini. Ilmu yang banyak akan dapat menilai baik buruk sesuatu keinginan yang dilahirkan oleh nafsu.
***
Nafsu pula sentiasa membawa manusia ke arah kejahatan. Tidak ada nafsu baik sebenarnya.
“Dan tiadalah Aku berani membersihkan diriku; Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang Yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Yusuf: 53)
Tingkatan nafsu yang banyak diperkatakan adalah sebenarnya merujuk kepada keupayaan nafsu mempengaruhi fikiran. Bukan terdapatnya nafsu baik. Mereka yang mempunyai jiwa yang kuat dan rahmat oleh Allah adalah mereka yang terselamat daripada hasutan nafsu. Sekali lagi bukan kerana mereka mempunyai nafsu yang baik kerana nafsu ini bersifat jahat.
Sebagai contoh, nafsu amarah. Nafsu amarah adalah tingkatan nafsu ketika nafsu mampu mempengaruhi akal fikiran keseluruhannya. Jasad ini seolah-olah telah dikawal oleh fikiran yang telah dipengaruhi nafsu.
Begitu juga dengan tingkatan nafsu yang lain. Nafsu tetap jahat. Cuma sejauh mana ia dapat mempengaruhi fikiran itulah merupakan tingkatan nafsu yang selalu dibincangkan.
***
Apabila kita melakukan solat (taffakur) kita dapat mengurangkan fikiran dan secara langsung nafsu gagal mempengaruhi diri kita (jasad). Ingat, diri kita dikawal oleh fikiran. Apabila kita kurang berfikir, bermakna nafsu gagal mengarahkan jasad melakukan keburukan atau kejahatan.
Ringkasnya: Jasad di kawal oleh fikiran. Semasa solat fikiran kurang kerana kita hanya ingat Allah SWT (khusyuk). Nafsu hanya mempunyai sedikit fikiran yang boleh digunakan untuk mengawal jasad. Maka nafsu gagal untuk menyuruh manusia membuat kejahatan. Inilah dikenali sebagai nafsu yang telah dididik.
Sebenarnya nafsu yang dididik adalah nafsu yang telah lemah. Tapi ia masih jahat. Bukan nafsu yang dididik menjadi nafsu baik. Ia telah lemah sahaja.
Sebolehnya kita ingin membuang terus fikiran atau dengan nama lain mengosongkan fikiran dan secara langsung membuang terus nafsu. TETAPI mana mungkin kita dapat mengosongkan fikiran kerana kita WAJIB mengingati Allah sepanjang masa.
Nafsu juga diperlukan kerana kita perlu ada keinginan untuk makan minum, melakukan sesuatu dan pelbagai lagi. Apa yang kita boleh lakukan adalah sekadar mengurangkan proses berfikir dan secara tak langsung nafsu akan menjadi lemah. Barulah keinginan kita boleh dikawal atau dengan nama lain kita mampu mengawal nafsu.
Apakah khusyuk dalam solat?
Bagaimana mencapai khusyuk dalam solat?
Bagaimana solat menguatkan jiwa?
Bersambung….

Subscribe to:
Posts (Atom)