Friday, 19 March 2010

KHUSYUK SOLAT DAHULU

source

http://www.fuadlatip.com/v1/2009/07/khusyuk-dahulu-baru-mudah-sabar-dan-solat/

KHUSYUK DAHULU, BARU MUDAH SABAR DAN SOLAT



=====





Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu.
Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat,
kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.


(QS: Al Baqarah 2: 45)




Saya selalu mengingatkan sahabat-sahabat saya bahawa miliki dahulu khusyuk itu di luar solat (di dalam setiap aktiviti kita), maka dengan mudah khusyuk itu akan diperolehi dalam apa jua keadaan termasuk ketika solat. Artikel saya Khuyuk solat #1 – #4 banyak menerangkan dengan jelas untuk memiliki khusyuk di dalam setiap aktiviti yang kita lakukan.
Khusyuk itu maknanya MENYEDARI (tidak sekadar tahu dan ingat) bahawa Allah SWT itu dekat dengan kita dan MENYEDARI bahawa Allah SWT sentiasa melihat setiap apa yang kita lakukan. Kita sentiasa berada di dalam sedar hal yang dikatakan Ihsan ini.
Ayat Al-Baqarah 2:45 tersebut selalu disalah ertikan di mana kita selalu MENCARI KHUSYUK DI DALAM SOLAT. Sedangkan jelas Allah SWT berfirman bahawa sabar dan solat itu mudah dilakukan bagi mereka yang khusyuk.
Bermakna khusyuk dahulu, sedar Allah itu dekat, sedar Allah sedang melihat diri kita dalam apa jua keadaan kita, di dalam setiap aktiviti yang kita lakukan, SEDAR KEHIDUPAN KITA INI ADALAH KETENTUAN ALLAH SWT dan barulah kita mampu mencapai sabar dan mendirikan solat dengan penuh ikhlas.
Bagi orang yang khusyuk, sabar dan solat merupakan penolongnya. Maka orang yang TIDAK KHUSYUK di dalam kehidupannya, MANA MUNGKIN AKAN SABAR DAN TIDAK AKAN MENJADIKAN SOLAT ITU SEBAGAI PENOLONGNYA.
Menjadi kesulitan kita apabila kita ingin mencari khusyuk di dalam solat. Kita belajar cara-cara solat yang khusyuk. Kita tidak mencari bagaimana untuk khusyuk di dalam kehidupan kita. Maka sebab itu apabila kita mendirikan solat, kita terasa penat, letih dan makin tertekan kerana kita cuba mendapatkan khusyuk itu di dalam solat.
Orang yang sentiasa khusyuk dalam setiap aktiviti kehidupannya, tidak akan gelisah, sentiasa tenang, bersemangat, jiwanya positif dan segala kebaikan mudah dicapai. Orang yang khusyuk di dalam setiap aktivitinya akan sentiasa sabar walau apa pun menimpa. Sentiasa bersemangat dan tertunggu-tunggu waktu solat. Solat dirasakan ringan dan asyik kerana itulah saat kemuncak mikraj kepada Allah SWT.
Orang yang khusyuk di dalam setiap aktivitinya akan lebih pasrah, redha dan berserah kerana jiwanya sudah terkunci dengan kesedaran yang tertinggi bahawa setiap apa yang dilakukan adalah kehendak Allah SWT. Setiap kehendak Allah SWT pasti yang terbaik untuk dirinya walaupun jika mengikut akal fikiran mungkin tidak baik bagi dirinya.
***
Blog Jiwa Positif dan Hidup BerTuhan ini membawa artikel kepada saudara agar saudara memahami dan mengetahui bagaimana untuk mencapai kesedaran agar kita sentiasa mengingati Allah SWT setiap saat melalui KOMUNIKASI dengan Allah SWT. Kesedaran yang tertinggi inilah yang dikatakan khusyuk.
Inilah cara yang mudah dan mampu dilakukan oleh sesiapa pun tanpa mengira sejauh mana ilmu agama yang dimilikinya. Tidak kira kanak-kanak, remaja, dewasa atau golongan tua semuanya mampu berkomunikasi dengan Allah SWT. Seterusnya mencapai tahap kesedaran tertinggi. Sesiapa sahaja mampu mencapainya.
***
Namun membaca artikel di sini, saudara hanya mampu sampai ke tahap memahami dan mengetahui. Tahap menyedari dan merasai HANYA mampu dicapai jika dilakukan. Komunikasi dengan Allah SWT perlu dilakukan dan saudara tidak akan merasa semua artikel di dalam blog ini dapat membantu saudara jika saudara TIDAK MELAKUKAN KOMUNIKASI dengan Allah SWT.
Lakukan sekarang.
Dengan penuh kesedaran bahawa Allah itu dekat dengan kita dan sedang melihat kita, komunikasilah dengan Allah:
“Ya Allah, aku sedang baca blog fuad latip ini ya Allah. Ya Allah banyaknya artikel aku nak baca ya Allah. Tak payahlah baca semua ya Allah. Ya penting aku tahu aku kena komunikasi denganMu ya Allah. Terima kasih ya Allah, terima kasih.”
***



Apabila setiap apa yang kita lakukan, kita ingat Allah SWT dan bukan sekadar ingat, malah kita SEDAR Allah SWT dekat dengan kita dan Allah SWT melihat kita, maka khusyuk itu mudah dimiliki.
SENTIASA HADIRKAN KESEDARAN BAHAWA ALLAH SWT ITU DEKAT, ALLAH MELIHAT SETIAP APA YANG KITA LAKUKAN DAN ALLAH MENENTUKAN SEGALANYA DENGAN SENTIASA BERKOMUNIKASI DENGAN ALLAH SWT.
Saya yakin, saudara akan memiliki kesedaran yang tertinggi hari demi hari.

No comments:

Post a Comment