source
KHUSYUK SOLAT #5
KHUSYUK SOLAT #4
KHUSYUK SOLAT #1
KHUSYUK SOLAT #2
KHUSYUK SOLAT #3
KHUSYUK SOLAT #4
KHUSYUK SOLAT #5
source
http://www.fuadlatip.com/v1/2010/03/khusyuk-solat-5-mudah-dan-praktikal/
====
Khusyuk Solat itu mudah. Cuba lakukan sekarang (tidak perlu tunggu waktu solat pun tidak mengapa. Sekadar latihan).
Ringkasan:
Ketika bergerak dari satu rukun ke rukun, tenang dan rendahkan hati dahulu sambil berkomunikasi dengan Allah SWT. Pastikan hati benar-benar tunduk pada Allah SWT. Bila hati terasa tunduk, barulah membaca bacaan dalam solat. Terasa solat itu memberikan ketenangan yang mendamaikan.
Terperinci:
Sebelum mengangkat takbir, tundukkan hati. Bila sudah benar-benar rasa tunduk, angkatlah takbir membesarkan Allah SWT dengan pujian Allah Maha Besar.
Begitu juga ketika membaca takbiratul ikram, Al-Fatihah dan surah. Bacalah satu persatu. Satu nafas satu ayat dengan penuh kejiwaan.
Cth: memahami bacaan Al-Fatihah dengan lebih menjiwai adalah dengan memahami maknanya begini:
Segala puji Allah Tuhan sekelian alam mestilah difahami dengan “ya Allah, segala puji bagiMu ya Allah Tuhan sekelian alam ya Allah.
Dengan cara memahami sebegitu kita akan lebih menjiwai, lebih memuja dan memuji.
Kemudian sebelum rukuk, rendahkan hati sebenar-benarnya dan barulah tunduk rukuk pada Allah Tuhan Yang Maha Mulia. Rendahkan terus hati dan apabila sudah benar-benar rendah barulah memuji Allah SWT:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujianNya.
Kemudian bangunlah dengan rasa diri ini tiada apa-apa bersama ungkapan:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Kerana sedar dan rasa diri ini tiada apa-apa kerana semua pujian adalah hanya milik Allah SWT, rebahkan diri sujud kepada Allah SWT yang Maha Tinggi.
Sesudah hati benar-benar tunduk sujud kepada Yang Maha Tinggi, pujilah Allah:
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Kemudian komunikasilah banyak-banyak dengan puja dan puji serta luahan kepada Allah SWT meminta dan memohon segala yang diperlukan ketika sujud. Ketika diri tiada apa-apanya.
Kemudian bangunlah dari sujud. Mohonlah dengan penuh harapan dan kejiwaan 8 perkara yang sudah lengkap yang kita perlukan di dalam kehidupan kita ini. Satu persatu ungkapkan,
Ya Allah, ampunilah aku Ya Allah,
Rahmatilah aku Ya Allah,
Cukupkan keperluanku daku Ya Allah,
angkatlah darjatku Ya Allah,
rezekikanlah aku Ya Allah,
berilah aku hidayah Ya Allah,
sihatkanlah aku Ya Allah,
maafkanlah aku Ya Allah.
Ketika membaca Tahiyat Awal,Pujilah Allah SWT dengan ucapan:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Kemudian berdoalah untuk Rasulullah tercinta dan juga diri kita dengan doa:
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Kemudian bersama keyakinan dan juga penyaksian yang pernah kita akui di alam roh dahulu bahawa Allah SWT itulah satu-satuNya Tuhan dan tiada tuhan melainkan Allah SWT, kita memperbaharui penyaksian kita:
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Terus dan ulangilah semua rukun dengan hati yang sentiasa rendah pada Allah SWT.
Rasailah nikmat solat iaitu pertemuan rasmi dengan Allah SWT 5 kali sehari walaupun sebenarnya kita sentiasa berjumpa dengan Allah SWT. Namun solat adalah pertemuan 100% tingkah laku kita tanpa melakukan kerja lain ketika berkomunikasi dengan Allah SWT selain menyempurnakan rukun solat. (Jika waktu lain, kita berkomunikasi dengan Allah SWT sambil membuat kerja.)
Mudah-mudahan saudara semua akan berasa damai dan bahagia yang sebenarnya.
Ingat: Rendahkan hati dahulu sebelum membaca bacaan solat. Komunikasi dengan Allah SWT di dalam solat mampu merendahkan hati. Komunikasi di dalam hati. Praktis dan latih untuk tundukkan hati pada Allah SWT.
[note]: Kursus Solat Khusyuk akan diadakan April nanti. InshaAllah nanti saya akan perincikan.
...
Friday, 19 March 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment