Monday, 9 November 2009

haji muda dan sponsor idea

http://www.diyaluna.com/diary/


best cuba baca sponsor.pdf


http://www.diyaluna.com/sponsor.pdf


http://muhdkamil.net/kehidupan/2008/08/11/haji-muda/


http://dandiam.blogspot.com/2009/05/dimana-syahid-menjadi-cita-tertinggi.html


pesanan ustaz ismail kamus



Kemudian Ustaz menerangkan empat perkara yang mesti dilakukan oleh orang yang berakal.

1. Bermunajat kepada Allah SWT iaitu ibadah, berbisik, merintih untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Kita seharusnya mengurangkn tidur dan banyak ibadah. Tidur itu ialah mati sementara manakala kematian pula ialah tidur untuk selamanya. Sebagai contoh jika seseorang itu hidup selama 60 tahun dan beliau tidur selama 8 jam sehari, ini bermakna orang itu tidur selama 20 tahun di sepanajng hayatnya. Tidur sepatutnya di kurangkan kepada hanay 4-5 sejam sehari. Banyak ibadah terutamanya yang sunat seperti solat Tahajud.

2. Muhasabah diri iaitu merenung dan menganalisis apa yang telah dilakukan sepanjang kehidupan. Jika sebelum ini kita banyak meninggalkan solat ataupun puasa hendaklah diqadha. Al Quran hendaklah di baca setiap hari. Dan bagi mereka yang mahir hendaklah membaca sekurang-kurangnya 100 ayat sehari. Jika tidak berbuat demikian ia adalah menzalimi diri sendiri. Jangan tunggu masa lapang tetapi kita lah ayang melapangkan masa tersebut.

3. Merenung ciptaan Allah SWT. Perhatikan kepada ciptaan Allah. Ia akan dapat menambahkan iman kita. Perhatikan kepada kejadians emu contohnya. Makhluk kecil yang hebat di cipta oleh Allah. Perhatikan, walaupun kecil semut itu amat luarbiasa, kuat bekerja dan tidak menggangu semut yang lain. Jika diperhatikan kepada penyu yang baru menetas, anak penyu ini akan bergerak ke laut dan bukannya ke daratan. Bagaimana anak-anak penyu ini tahu walaupun tidak menggunakan GPS? Itulah kekuasaan Allah. Lihat juga bagaimana Allah mencipta manusia. Jiak diperhalusi dan dikaji, ia akan dapat menambah iman kita.

4. Mencari Nafkah yang halal. Adalah menjadi tanggungjawab setiap lelaki bagi mencari nafkah yang halal bagi keluarganya. Sedekah yang paling afdal ialah memberi makan kepada keluarga sendiri. Ianya diberi 900 kali ganda pahala manakala sedekah kepada orang lain hanya diberi 700 kali ganda pahala.

Pesan orang yang berilmu. Hadirilah majlis ilmu kerana ilmu akan menambahkan iman.
Dicatat oleh Azemi Ali di 11:26 PM

No comments:

Post a Comment